Wednesday 13 March 2013

Are They Jealous Of My Perfect Relationship? – Hetty Sarlene

Amboi ~~ Abang Nara pasti memang ramai yang jeles dan cemburu melihat kemesraan Hetty Sarlene dan kekasihnya di dalam entri “Hetty Sarlene Kongsi Gambar Bersama Kekasih“. Mesti ramai yang gigit jari melihat keromantikan mereka berdua. Tak gitu?

Susulan tersebarnya gambar-gambar mesra miliknya, Hetty Sarlene telah membidas kritikan-kritikan dan kutukan-kutukan yang telah diterimanya. Menerusi Instagram, Hetty memaklumkan yang dia percaya karma akan membalas perbuatan mereka yang berkongsi gambar-gambar tersebut.

Malah Hetty turut mempersoalkan yang orang ramai cemburu dengan hubungan sempurnanya bersama si kekasih hati. Amboi ~~ Tegak bulu roma Abang Nara membacanya.
Mungkin Hetty Sarlene ingat kekasihnya kacak sangat sehingga orang ramai ingin jeles terhadap dirinya. Adakah memang benar pembaca BeautifulNara cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua? Sila komen dan beri pendapat anda. Info asal Forum Cari.
Sumber : BeautifulNara.com

No comments:

Post a Comment