Thursday 14 March 2013

Manusia zaman sekarang ini memang tak boleh tengok kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Manusia zaman sekarang ini memang tak boleh tengok kebahagiaan rumah tangga orang lain. Mesti ada yang nak datang mengacau. Kesian pula Abang Nara kepada Noniswara yang menuntut cerai daripadanya suaminya gara-gara kewujudan orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.


Noniswara, 43 tahun telah berkahwin dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54 tahun sejak 4 tahun yang lalu. Namun begitu perkahwinan mereka mula goyah sejak 7 bulan lepas apabila adanya orang ketiga sehingga kucar-kacir dibuatnya. Kata Noniswara:-
Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi kucar-kacir. Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian. Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian. Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian. Apa-apa pun saya terima bahawa jodoh kami tidak kekal lama.
Bahaya betul orang ketiga di dalam perkahwinan ini. Sampai bercerai-berai dibuatnya. Diharap Noniswara tabah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Mana tahu akan ada jodoh yang lebih baik buat Noniswara selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.










Sumber : beautifulnara.com 

No comments:

Post a Comment