Sunday 3 March 2013

Fizz Fairuz - Almy Nadia Akui Hatinya Sudah Kosong






Ekoran kontroversi pertunangan tujuh hari pelakon Fizz  Fairuz dengan Azlyn Massiela yang terputus kerana  wanita itu rupa-rupanya isteri orang,  pelakon Almy Nadia 
adalah antara insan yang diburu wartawan bagi  mendapatkan komennya.

Yang pasti soalan yang ditanya ialah adakah Almy sanggup menerima Fizz sekiranya pelakon itu ingin kembali kepadanya selepas bercinta selama tujuh tahun.

Kata Almy kepada Mangga Online, hatinya masih kosong dan tiada sebarang perasaan pada ketika ini.

"Wallahualam, hati Almy sekarang tiada rasa apa-apa dan masih kosong. Kalau dia nak kembali, jawabnya `wait a minute’. Kena tunggu sekejaplah. Begitu jugalah dengan permohonan maaf dia kepada Almy, semua itu kena tunggulah. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab Allah SWT pun mengampunkan hamba Nya.

"Tentang peluang Fizz pula, semua jawapan itu ada pada  dia. Dia nak kembali atau tidak ke... semua itu urusan Allah. Almy pun tak tau mungkin dia pun ada pilihan lain dan saya pun tak tahu apa yang dia buat sekarang.

"Soal jodoh adalah urusan Allah. Bagi Almy, ini semua hukum karma. Ia membabitkan hukum dunia dan hukum agama. Redha dengan tidak sajalah.

"Perempuan manalah yang tak sedih dan sakit bila hubungan tujuh tahun dikhianati macam tu saja. Almy mengaku sangat sedih dan menangis. Allah sajalah yang tahu.

"Tapi itulah, tujuh tahun bercinta berlawan dengan tujuh hari bertunang. Semuanya itu adalah hukum karma.

"Almy tak nak komen lebih-lebih soal ini sebab Almy nak tunggu kenyataan sepenuhnya daripada Fizz sendiri. Lepas dia buat kenyataan, barulah boleh Almy bagi komen bagi pihak Almy saja."

Fizz memohon maaf kepada Almy dan mengakui terpaksa memutuskan pertunangan apabila mengetahu wanita yang disarungkan cincin itu rupa-rupanya isteri kedua orang lain.

Fizz juga mengatakan berasa semacam dirinya menjadi mangsa buatan orang sehingga mudah mengikut sehingga membawa mereka ke majlis pertunangan. Dia berasa sesuatu yang pelik apabila mudah mengambil keputusan bertunang walaupun mengenali wanita itu dalam tempoh singkat sedangkan hubungan tujuh tahun dengan Almy masih tidak membawa mereka ke mana-mata.

Sumber : Mangga Online

No comments:

Post a Comment